TERMA & SYARAT PENYERTAAN
- Program pemberian sampel Olivie Plus 30x mini (50ml) ini adalah dianjurkan oleh
Olive House HQ. - Program Sampel Percuma ini akan dilaksanakan pada 21hb Mac 2023 sehingga 09hb
April 2023. - Program sampel percuma ini adalah terbuka kepada individu yang tidak pernah
membeli mana-mana produk Olive House dan berumur 18 tahun ke atas pada waktu
Program Sampel Percuma bermula 21hb Mac 2023 sehingga 09hb April 2023. - Sampel ini TERHAD kepada 1 individu per isi rumah.
- Sampel percuma yang diterima oleh peserta adalah sampel Olivie Plus 30x Mini (50ml).
Setiap peserta berhak untuk menerima hanya satu sampel sahaja. - Namun begitu, pemberian SAMPEL PERCUMA tertakluk kepada ‘First Come First
Serve Basis’. - Peserta hendaklah MENANGGUNG kos penghantaran bagi sampel percuma yang
diserahkan secara COD ‘Cash on Delivery’ dengan jumlah caj :
(i) RM7 (Semenanjung Malaysia)
(ii) RM20 (Sabah/ Sarawak) - Hanya borang pendaftaran yang lengkap dan mendapat verifikasi pihak penganjur
akan menerima sampel percuma. Pihak penganjur berhak untuk menerima dan
menolak borang yang telah diterima tanpa sebarang notis kepada peserta. - Pihak penganjur akan menghubungi peserta bagi membuat pengesahan penerimaan
sebelum sampel dihantar kepada peserta - Penganjur berhak untuk menentukan segala terma dan syarat serta melakukan apaapa keputusan, aktiviti termasuk menolak penyertaan tanpa notis kepada peserta.
NOTIS PRIVASI
- Dengan menyertai Program Sampel Percuma ini, peserta adalah dianggap bersetuju
bagi penganjur untuk memproses maklumat peribadi peserta yang diberikan dalam
borang pendaftaran dalam talian untuk tujuan Program Sampel Percuma. Ini termasuk
mendedahkan peserta kepada orang awam sekiranya peserta menjadi pemenang
dengan menerbitkan nama, gambar dan maklumat peribadi anda yang lain tanpa
pampasan untuk tujuan pengiklanan dan publisiti. - Penganjur juga mungkin menggunakan maklumat peribadi peserta untuk tujuan
menghantar kepada peserta maklumat pemasaran dan promosi atau bahan mengenai
produk dan/atau perkhidmatan, sampel, menghubungi peserta untuk maklum balas
mengenai produk, tinjauan dan sebarang promosi, acara atau peraduan yang
dianjurkan oleh penganjur