Sejarah Minyak Habbatus Sauda:
- Minyak habbatus sauda telah digunakan melebihi 2000 tahun yang lalu.
- Minyak diekstrak dari biji Nigella sativa yang berasal dari Asia Tenggara.
- Habbatus sauda digunakan dalam sesetengah masakan Timur Tengah dan India.
- Mempunyai sedikit rasa pahit.
Sabda Rasulullah SAW: “Pada habbatus sauda itu ada penawar bagi segala penyakit kecuali mati” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

- Minyak habbatus sauda mengandungi thymoquinone, alkaloid, flavonoid, asid lemak dan protein yang memberikan khasiat.
- Tiada cadangan had pengambilan minyak habbatus sauda.
- Pengambilan sebanyak 1-2 sudu teh sehari untuk penjagaan kesihatan adalah digalakkan.
Khasiat Minyak Habbatus Sauda:
1. Terhadap dyslpidemia dan diabetes:

- Dyslipidemia ialah ketidakseimbangan lipoprotein, yang merupakan sejenis lemak dalam darah.
- Menurut kajian yang diterbitkan oleh International Journal of Diabetes in Developing Countries, pengambilan minyak habbatus sauda 5 ml sehari dengan atorvastatin dan metformin selama 6 minggu merendahkan kolesterol dan gula dalam darah pesakit diabetes jenis 2.
2. Terhadap hipertensi:

- Mekanisma menurunkan tekanan darah dalam minyak habbatus sauda masih belum dijumpai.
- Saintis percaya bahawa kandungan thymoquinone yang tinggi dalam habbatus sauda adalah berkait dengan fungsi penurunan tekanan darah.
- Thymoquinome dijumpai menurunkan tekanan darah apabila diambil 5 ml sehari dalam 2 bulan dalam satu ujian klinikal yang dijalankan di Iran.
3. Terhadap penyakit kulit:

- Thymoquinone ialah antioksidan.
- Melindungi kulit dari kerosakan radikal bebas.
- Menurut kajian yang diterbitkan oleh Red Iranian Red Crescent Medical Journal, minyak habbatus sauda didapati dapat mengecilkan saiz luka vitiligo apabila disapu 2 kali sehari selama 6 bulan.
4. Terhadap jangkitan kuman:
- Thymoquinone mempunyai fungsi menyahkuman.
- Menurut kajian yang diterbitkan oleh Experimental and Clinical Sciences Journal, pengambilan minyak habbatus sauda dalam kapsul (450 mg) 3 kali sehari selama 3 bulan mengurangkan beban virus Hepatitis C dan meningkatkan fungsi hati.
- Kajian yang diterbitkan oleh Official Journal of the Saudi Gastroenterology Association menjumpai pengambilan serbuk habbatus sauda 2 mg sehari dengan omeprazole menghapuskan bakteria H. pylori dalam pesakit gastrik.