Penggunaan & Kebaikan Minyak Sawit Merah Kepada Kesihatan

Sejarah:
  • Pokok kelapa sawit mempunyai sejarah yang panjang dalam tamadun Mesir Purba 3000 tahun lalu.
  • Pokok sawit ditanam di kawasan tropikal di Afrika, Amerika dan Asia Tenggara.
  • Minyak sawit merah berbeza dengan minyak sawit biasa yang ditapis.
  • Minyak sawit merah mempunyai kandunfan karotenoid yang tinggi.
  • Minyak sawit merah dihasilkan melalui perahan sejuk dan tidak ditapis untuk mengekalkan kandungan karotenoid.
Buah Kelapa Sawit
Komposisi minyak sawit merah
  • Minyak sawit merah mengandungi lemak ‘medium chain triglycerides’
  • Asid lemak tepu (50%)
  • Asid lemak monotaktepu (40%)
  • Asid lemak politaktepu (10%)
  • Mengandungi karotenoid
  • Vitamin E
Fungsi minyak sawit merah:

1. Antioksidan:

  • Vitamin E menghalang lemak badan dari teroksida
  • Mengurangkan risiko aterosklerosis, darah tinggi dan mendapat penyakit jantung.
  • Vitamin E tingkatkan keselamatan ubat kanser dengan meneutralkan radikal bebas hasil rawatan chemo dan radiasi.
  • Kajian yang diterbitkan oleh Journal of Nutritional Reviews mendapati supplementasi minyak sawit merah selama 13 minggu mengurangkan biomarker kanser dalam model haiwan kanser kolon.

2. Kekurangan Vitamin A:

Penggunaan eyedrop untuk kering mata
  • Karotenoid akan diubah menjadi Vitamin A di dalam badan.
  • Kajian yang diterbitkan oleh Multidisciplinary Digital Publishing Institute – Nutrients menjumpai supplementasi minyak sawit merah yang sedikit dalam 8 g sehari meningkatkan Vitamin A.
  • Kurangkan risiko manifestasi simptom kekurangan Vitamin A.
  • Mata kering
  • Rabun malam
  • Ulser kornea

3. Membakar lemak:

Masalah kegemukan
  • Minyak sawit merah kaya dengan MCT.
  • MCT merupakan sejenis lemak yang boleh digunakan oleh badan sebagai sumber tenaga dengan cepat.
  • Pengambilan MCT meningkatkan jumlah penggunaan tenaga dan membantu membakar kalori berlebihan.
  • Menurut kajian yang diterbitkan oleh The American Journal of Clinical Nutrition, pemberian makanan yang mengandungi MCT memberikan berat badan yang lebih rendah, mengurangkan risiko lemak bergumpal dan meningkatkan metabolisma badan.
Minyak Sawit Merah Ada Dijual Di Olive House.
Sila Klik Di Sini Untuk Mendapatkannya Sekarang.

Leave a Comment

Shopping Cart