Minyak Zaitun: Penggunaan & Khasiat

Sejarah Buah Zaitun: 

Pokok Zaitun berasal dari kawasan Mediterranean dan telah digunakan leboh 6000 tahun yang lalu. Minyaknya sering digunakan dalam masakan, sebagai bahan kosmetik serta merawat luka dan trauma.

Hadis Nabi: Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: ‘Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat’ (Riwayat at-Tarmizi dan Ibnu Majah).

Minyak zaitun kaya dengan polifenol seperti:

  • Hydroxytyrosol (HT)
  • Oleuropein
  • Oleocanthal
  • Oleacein
Struktur Kimia HT dan Oleuropein

Bahan-bahan inilah yang menjadi sumber khasiat minyak zaitun.

Polifenol ini merupakan antioksidan yang mencari radikal-radikal bebas. Jabatan Agrikultur Amerika Syarikat (USDA) menyarankan pengambilan minyak zaitun 1-2 sudu sehari untuk penjagaan kesihatan.

Khasiat Minyak Zaitun:

1. Mengawal Kandungan Gula Dalam Darah:

Bacaan Gula Dalam Darah Melalui Glucometer
  • HT melindungi mitokondria daripada dirosakkan radikal-radikal bebas.
  • Mitokondria ialah organel yang berfungsi menghasilkan tenaga daripada glukosa dalam badan.
  • HT merangsang sel-sel badan untuk menghasilkan lebih banyak mitokondria, meningkatkan fungsi keseluruhan mitokondria.
  • Hasilnya, kepekatan gula dalam darah berkurang.
  • Kajian yang diterbitkan oleh Journal Diabetes Care menunjukkan pengambilan minyak zaitun boleh mengurangkan risiko diabetes tahap 2 sebanyak 52% jika dibandingkan dengan diet yang rendah lemak.

2. Mengurangkan risiko kanser:

Contoh Jenis-jenis Kanser
  • HT dan oleuropein melindungi DNA daripada dirosakkan radikal bebas.
  • Mengelakkan berlaku mutasi DNA yang boleh menjadikan sel-sel menjadi kanser.
  • HT dan oleuropein juga melindungi sel daripada terdedah dengan bahan-bahan karsinogenik yang terdapat dalam makanan dan persekitaran.
  • Menurut kajian yang diterbitkan oleh Journal of Functional Foods dan American Association Cancer Research Jounals melibatkan model haiwan, oleuropein dijumpai berupaya mencegah kanser payudara dan kanser kulit.

3. Meredakan radang dan kesakitan:

Arthritis
  • Oleocanthal dan oleacein menghentikan keradangan dengan menghalang penghasilan sitokin pro-inflamasi seperti interleukin dan prostaglandin.
  • Hasilnya, oleocanthal dan oelacein meredakan bengkak dan kesakitan disebabkan radang.
  • Oleocanthal mempunyai fungsi anti-radang yang lebih kuat berbanding ibuprofen.
  • Oleocanthal dan oleacein boleh melegakan artritis yang disebabkan oleh kolagen dan radang sendi.
Minyak zaitun berlainan saiz dan bentuk ada dijual di Olive House.
Klik Di Sini Untuk Dapatkan Sekarang.

Leave a Comment

Shopping Cart