Sejarah Madu:
- Madu merupakan makanan dan penawar semulajadi yang telah digunakan lebih 8000 tahun dahulu.
- Penggunaan madu adalah meluas pada zaman tamadun Mesir Purba, Cina, India, Yunani dan Rom.
- Kini, khasiat madu telah dikaji dan dijumpai mempunyai fungsi nyahkuman dan merawat luka.
Firman Allah SWT: “Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: “Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.” (Surah an-Nahl, 16:68-69).

- Hampir keseluruhan madu adalah gula yang terdiri daripada monosakarida, disakarida dan oligosakarida.
- Madu mengandungi mineral (kalium, kalsium, fosforus) dan sedikit zat (besi, mangan, dan zink).
- Madu mengandungi vitamin B, C dan E, enzim, asid organik dan sedikit protein.
- Kandungan air adalah berbeza mengikut madu.
- Madu rendah air kurang terdedah untuk rosak, tetapi lebih cepat bentuk kristal gula.
- American Heart Association mensarankan pengambilan maksimum madu sebanyak 3 sudu (36 g) sehari bagi lelaki dewasa dan 2 sudu (24 g) bagi wanita dan kanak-kanak.
Khasiat Madu:
1. Melawan jangkitan kuman:

- Madu menyerap kelembapan menyebabkan bakteria terdehidrasi.
- Kandungan gula yang likat menghalang pertumbuhan bakteria.
- Asid organik menurunkan pH, menyebabkan persekitaran tidak sesuai untuk bakteria.
- Peroksida yang dihasilkan oksidase memusnahkan bakteria.
- Madu dijumpai boleh merawat jangkitan H. pylori dalam perut.
2. Menyembuh luka:

- Kandungan gula, mineral, vitamin dan protein membekalkan nutrisi kepada sel.
- Pertumbuhan sel-sel badan dirangsang, membaiki tisu badan yang terluka.
- Fungsi nyahkuman madu juga mempercepatkan proses penyembuhan, mencuci luka dan mengurangkan kesakitan.
- Madu boleh merawat ulcer, kulit melecur, fistula dan luka-luka seperti melecet, nanah dan amputasi.